http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com

Wednesday 2 November 2011

Contoh Fabrik


Antara Contoh-Contoh Fabrik




1. Kain Songket



2. Kain Sutera

Ciri-Ciri Fabrik

CIRI-CIRI FABRIK SUTERA

  • Teguh semasa kering
  • Mudah renyuk
  • Sensitif pada suhu tinggi
  • Pengalir haba yang baik

Sutera

Sutera merupakan serat alami yang diperbuat dari serat protien yang diperolehi dari sejenis serangga lepidoptere dan spesis utama untuk dipelihara untuk menghasilkan sutera adalah Bombyx Mori. Serat sutera berbentuk filamen yang dihasilkan dari larva ulat sutera pada saat membuat kepompong. Serat sutera mentah terdiri lebih kurang 75% fibroin dan 25% serisin iaitu sejenis perekat yang melepasi fibroin yang berfungsi untuk melindungi fibroin. Untuk proses pewarnaan lapisan serisin ini harus dihilangkan dengan proses degumming atau boil off kerana akan menjaga penyerapan warna.

Fabrik

Fabrik
1.  BAB 7 : KAJIAN FABRIK
2.  FABRIK terbahagi kepada dua iaitu :-
Gentian Asli
(a)    Tumbuhan
·         Buah kapas ( kapas )
·         Batang fleks ( linen )

(b)   Haiwan
·         Ulat sutera  ( sutera )

·         Bulu biri-biri ( benang sayat )

1.     Gentian Buatan

(a)    Selulosa terjana semula
·         Selulosa + alkali + soda kaustik ( viskos )
·         Selulosa + asid asetik ( asetat )
·         Selulosa + asetik anhidrida + metilena klorida ( triasetat )

(b)   Sintetik
·         Petroleum + etilena ( poliester )
·         Arang batu + udara + air ( poliamida )
·         Petroleum + ammonia + air ( akrilik )

1.  Ciri gentian asli sumber tumbuhan ialah :-
(a)    Kukuh dan bertambah kukuh apabila basah
(b)   Mudah menyerap lembapan
(c)    Selesa dipakai
(d)   Pengalir haba yang baik
(e)   Tidak kenyal dan mudah renyuk
(f)     Tahan pada suhu tinggi dan sinaran matahari
(g)    Tahan pada asid lemah dan alkali
1.  Ciri gentian asli sumber haiwan ialah :-
(a)    Kukuh tetapi lemah apabila basah
(b)   Daya penyerapan baik
(c)    Selesa dipakai kerana lembut
(d)   Pengalir haba yang baik
(e)   Tidak mudah renyuk
(f)     Rosak pada suhu tinggi dan alkali
1.  Ciri gentian buatan ialah :-
(a)    Kukuh tetapi lemah apabila basah
(b)   Menyerap sedikit lembapan dan mengalami elektrostatik
(c)    Tidak selesa dipakai
(d)   Penebat haba yang baik
(e)   Kenyal dan tidak mudah renyuk
(f)     Suhu sederhana
(g)    Tahan pada cahaya matahari
(h)   Tahan pada asid
1.     Perbezaan antara gentian asli dan gentian buatan :-
GENTIAN ASLI
GENTIAN BUATAN
·         Gentian diperoleh mengikut musim
·         Kualiti berubah mengikut cuaca, nutrien dan serangga atau penyakit.
·         Ciri fizikal bergantung pada pertumbuhan semulajadi tumbuhan atau haiwan
·         Gentian mempunyai kuasa menyerap lembapan yang baik
·         Tahan pada suhu yang tinggi
·         Ketidakseragaman hasil keluaran
·          Pengeluaran yang berterusan
·         Kualiti terkawal
·         Ciri fizikal bergantung pada proses permintalan dan kemasan yang diberikan.
·         Kebanyakkan gentian mempunyai daya penyerapan lembapan yang rendah kecuali viskos.
·         Tahan pada suhu sederhana.
·         Hasil keluaran adalah seragam.

Pakaian

Latihan

Kajian Fabrik